Tuesday, December 23, 2008

Seketika...

Penulis sedang mengalami tekanan jiwa,dan masalah komunikasi...Harap Maklum...

Tuesday, December 16, 2008

Yang Esa...

Allahuakbar...Allahuakbar...
berkata kita Allah itu Maha Esa
Dia yang berkuasa lagi bijaksana
tapi hambaNya masih alpa dan leka
mengejar kebendaan hilang entah kemana
kebendaan yang tiada penghujungnya
hingga ke akhir nyawa masih terleka
masih dalam kegelapan yang nyata
tanpa haluan dan tujuan tapi segan bertanya
membiar diri dihayut,azab tunggu disana
Allahuakbar...Allahuakbar...
pejamkan mata
pejamkan minda
biarkan hati mula berkata dan berbicara
walaupun masih berbeda-beda
tapi kembali di tunjang yang sama
cukup menjunjung dan mengejar kuasa
sedang kita dilaknat dari kuasa di atas sana
tapi hambaNya masih mengharap dan meminta
apabila bala dan musibah melanda
tanpa segan silu menadah tangan luas terbuka
meminta,memohon dari yang Maha Esa
dan kembali leka apabila rahmat diturunkanNya
itu lah naluri kita sebagai hambaNya
masih lagi jahil dan durjana...

Terbang Jauh...

ku masih sendiri dan menyendiri
lalu...

Ku terbang jauh ke sana
Untuk mencari di panggil cinta
Bukan diri ini dibilang gila
Cuma dibuang ke alam maya
Apabila cinta berkata
Hati terdiam seribu bahasa
Jiwa yang rapuh mengikut sahaja
Nafsu tercampak jauh ke sana
Akal terbang entah kemana
Diri dililit,dirantai entah mengapa.

Sunday, November 23, 2008

K.A.U & A.K.U

Bertemankan jiwa dan mata pena,terhasil nukilan untuk yang jauh disana,
Masih teringat ketika mata bertentang mata,menghimpun seribu satu cerita,
Walau kau dan aku lahir dari dunia berbeza tapi menyimpan hati yang sama,
Apabila kau dan aku bersatu,hati mula berbicara,dunia ini kita yang punya.

Biarkan mereka berkata dan mengata,kerna kita berdiri di dunia yang nyata,
Semangat dan cinta masih kubawa,cukup membuktikan kepada mereka siapa kita,
Akan ku bawa kau jauh dari sana,melarikan diri dari mereka yang durjana,
Di suatu tempat jauh hanya kita berdua,berkongsi cerita dan bergelak ketawa.

Bersama angin sepoi bahasa,berlagukan kicauan burung kita duduk termenung bersahaja,
Memikirkan masa lalu, yang kita lalui sehingga hari ini kita masih berdiri,
Yang pasti sikap ku bukan paranioa,cuma benci akan mereka di luar sana,
Cinta ku bukan membuta tuli,masakan ke akhirnyer kita merpati dua sejoli.

Saturday, November 22, 2008

B0san...

Aku bosan
Ble nak habis paper nie,kenapa 24hb tu sangat jauh dan sangat lambat untuk datang..
Dah bosan menyendiri,sebab kawan semua telah pergi...

Wednesday, November 12, 2008

Bangsamu,Bangsaku,Bangsa kita...

Assalamualaikum dihulurkan sebagai pembuka kata,
Dari bangsamu yang teguh berdiri dan petah berkata-kata,
Disini bangsamu ingin berkongsi cerita akan bangsa kita,
Bukan niat mencaci atau menghina,cuma dijadikan cerita.

Mengapa masih bergantung pada tongkat,sedang bangsa lain meningkat disini,
Mengapa masih berborak kosong,walaupun bangsamu masih melopong,
Mengapa masih mementingkan nafsu dan diri,sedang bangsamu merempat tempat sendiri,
Mengapa masih mendongak ke langit,jika bangsamu masih dipandang serong.

Berhenti menunding jari,jika indentitimu masih dicari,
Jangan berani bermain dengan janji,jika tidak mahu bangsamu mati,
Jangan berbual ingin meminpin,jika diri tidak terpimpin,
Apa guna pangkat dan posisi,jika bangsamu tidak sama berdiri.

Agama dan Bangsa konon dipertaruh,tapi jiwamu masih dipengaruh,
Mengapa hanya meminta kepadaNya,tapi tidak pernah memberi,
Sedangkan Dia yang mencipta petala langit dan petala bumi,
Bangkitlah bangsaku dari lenamu,dan bersatu agar kita jadi satu.



Wednesday, October 29, 2008

E.X.A.M

Exam just around the corner,but still don't finish my revision..hahhaha,but still chill,just go with the flow,and hope everything going well,haha..so bored because must read so many theory and lil bit of calculation...urm nothing to say,maybe i'll will update and talk about hot topic in my blog after finish my exam,so just wait and see..i'm out..

Monday, October 27, 2008

A.K.U

Ku lihat aku dalam aku,
Ku menilai siapa diri ku,
Mengapa ini harus terjadi kepada ku,
Balasan?hakikat?atau dugaan keatas ku,
Ku serah kan kepadaMu dengan rela hatiku.

Mengapa berjanji kalau tidak ditepati,
Mengapa berkasih kalau tidak mencintai,
Mengapa diam bila dimarahi,
Adakah kerana ingin disayangi.

Ku khayal dalam dakapan mu,
Ku terpaku dengan janji mu,
Ku terkaku dengan sikap mu,
Ku terlayu dengan cinta mu,
Ku hanyut dalam dunia mu.

Adakah diri ini ingin dicintai,
Atau sekadar ingin dihargai,
Mahupun sekadar ingin diingati,
Kerana cintaku adalah hakiki.

Sunday, October 26, 2008

Glory Liverpool...

Gembira gle aku malam nie,first sebab leypak ngan ferhan(mcm gay plak bunyi) sambil tgk game liverpool,second sb liverpool menang ngan chelsea!!,omg liverpool so brilliant!..hahahahaha,i really hope liverpool will be the champion this time...what do you think??already win over man utd,and now chelsea,mantap sey,hahahah...nothing to say..daaa~

financial education from childhood??

Semua orang tahu,wang merupakan medium terpenting dalam kehidupan seharian kita,wang boleh menentukan status,pendapatan,dan macam2 lagi.Yang menjadi persoalan disini kenapa benda yang begitu penting dalam kehidupan seharian tidak diterap dalam sistem pendidikan di malaysia??can u get it?.apa yang dimaksudkan disini kenapa knowledge ataupun pendidikan tentang kewangan tidak dimulakan dari akar umbi sedangkan rata2 masyarakat mengunakan kan wang dari azali lagi,lahirnyer manusia ke dunia nie,sudah melibatkan wang,kalo tidak siapa yang bayar bil2 hospital masa melahirkan korang?,hahaha.Kenapa dari sekolah rendah dan sekolah menengah kite tidak diajar tentang kewangan,kenapa harus diperingkat universiti sahaja,itupun bergantung kepada course yang diambil,But dont get me wrong bukan lah nak suruh budak darjah 1 belajar apa itu pasaran saham,REIT's,ataupun dagangan opsyen.apa yang nak diketengah kan adalah tentang dunia kewangan,sebagai contoh darjah 5 dah 6 diajar tentang kewangan seperti pengurusan wang,penyimpanan wang,dan idea2 menjana wang saku,secara tidak langsung kite dapat melahirkan masyarakat yang lebih kreatif di masa hadapan,manakala diperingkat sekolah menengah ilmu tentang kewangan dipertingkatkan lagi seperti mempelajari instumen pelaburan yang wujud,mempelajari bagaimana melihat penyata kewangan,annual report,dan melihat aliran pasaran saham,secara tidak langsung apabila tamat alam persekolahan mereka mempunyai asas kewangan yang kukuh,dan masalah seperti skim cepat kaya,swiss cash,dapat diatasi.apabila masyarakat mempunyai asas kewangan yang kukuh,jadi agak sukar untuk terjebak dengan skim2 yang kadang kala tidak masuk akal,saya masih teringat ketika zaman,luxor,uptrend,dan macam2 lagi sedang hangat,mcm goreng pisang panas,ada kawan saya datang dan mengajak kawan baik saya join satu skim siap janji pada dier kalo join dapat keuntungan hampir 240% dari modal yang kte keluar kan!!,tapi apa yang saya balas ialah naper tidak ajak sajer syed albukhary ataupun azman mokhtar join skim tu??sangat xlogik,sedangkan "greatest investor",warren buffet pun buat keuntungan 24-30%,macam maner org malaysia bley buat sampai 240%,kalo betul maybe malaysia dah jadi macam U.S.A,50% rakyat mereka taraf jutawan,tp ini semua masih belaku di malaysia disebabkan masyarakat kite yang terlalu mudah taksub dan senang percaya apabila bercerita tentang duit,tetapi pengetahuan tentang kewangan kurang.